Tuesday, March 5, 2013

Produk Yang Di Jual



Rumpai laut ni aku jual dalam beberapa peket seperti di bawah:

Gred A 

  • Satu Paket 100gm = RM10
  • Satu Paket 200gm = RM20

Gred AA


  • Satu Paket 100gm = RM15
  • Satu Paket 200gm = RM25

Harga ni tak termasuk kos penghantaran. Biasanya kalau nak pakai pos laju dalam RM6 je.

So siapa² yang berminat boleh call/sms/whatsapp/viber ke nombor 016-2050040. Tq :-)

Friday, March 1, 2013

Nak Makan ke Nak Buat Masker



Ramai yang tanya (ramai ker?) Rumpai tu nak buat macam mana. Sebenarnya banyak sangat kaedah yang boleh untuk menggunakan rumpai laut ni. Kalau nak makan, macam² cara boleh, boleh makan terus macam tu je, boleh campur dalam air, boleh buat kuih, boleh buat bubur, boleh buat kerabu. Pendek kata semua boleh buat la.






Pas tu, selain makan rumpai laut ni boleh jugak dijadikan masker yea. Kalau uoll nak tau macam mana aku buat? Air rendaman rumpai tu aku tak buang. Sebenarnya, kalau uoll rendam semalaman, pastu kalau uoll perasan air tu akan berlendir sikit. Tapi make sure uoll tak rendam dengan sebesen air pulak. Just cukup² macam nak masak megi je. Air rendaman tu aku ambik pastu isi dalam botol, pastu aku isi pewangi potpuri aku. Muahahahah. Jadi, air tu akan berbau wangi dan air rendaman tu mmg superb uoll. Sumpah tak tipu.




Uoll baca statement Dr Chiraz Bogeida nih. Lebih efektif daripada SKII. Ko mampu? Haha. Tapi sumpah uoll, memang la kulit uoll akan jadi selembut sureta pas sapu kat muka. Please try! please try!



Murah, Selamat & Berkesan


Sebelum ni aku dah few times gak beli produk² nak meremajakan kulit la konon kan. Bukan takat mahal, tapi kesan dia tak de la nampak sangat. Tapi maybe aku tak makan ikut aturan kot. Ye la, 8 botol RM200. Ko mampu? Pastu suruh pulak aku minum sebotol sehari kan. Memang la botak chin kepala aku. Ada satu lagi yang aku makan, satu kotak RM168, stok sebulan. Yang ni pun kesan ala² jugak.

Tapi kalau uoll makan Raja Collagen ni, ampun!! Murah occay!! Sebungkus tu boleh tahan sebulan lebih. Tapi bak caption dalam gambar kat atas tu, aku ni Obses Kolagen so bagi aku sebungkus tu cukup² la untuk sebulan. Sebab pantang aku free, mesti la aku melahap kolagen nih. Bukan apa, sebabnya benda ni berkesan pastu murah pulak dan selamat yang paling penting.

So sape² yang beminat boleh call/sms/whatsapp/viber ke nombor 016-2050040

Raja Collagen? Siapa Tak Nak?



Raja Collagen atau juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti ibu collagen dan pure marine collagen merupakan kolagen mentah yang berasal dari rumpai laut. Kalau uoll baca entry yang lepas², rumpai laut ni diternak di kawasan Samporna, Sabah. Sape² yang dah pernah pegi kat Samporna mesti teruja dengan kejernihan air laut dia. So, insya Allah, produk ni memanglah 100% asli, takde bahan pengawet, takde campuran bahan kimia macam kebanyakan produk kecantikan lain.

Ianya sumber nutrisi yang sangat hebat untuk kesihatan dalaman dan untuk keremajaan kulit. Sesuai untuk diamalkan oleh lelaki dan wanita bagi semua peringkat usia. Kalau uoll baca kat blog², ramai yang tulis khasiat rumpai laut nie. Ada yang claim macam². Tapi aku tak de la berani nak copy paste dakwaan mereka tu, tapi aku sendiri dah pakai dekat² dua bulan, dan hasilnya sangat² memuaskan. Sumpah tak tipu. Tapi tu la korang kena la rajin sikit.

Kalau uoll tengok gambar kat atas tu ada macam² jenis rumpai laut kan? Tapi yang famous ada 2 ni je:



  Gred A (Warna Kuning)



 Gred AA (Warna Unggu)

Dari segi khasiat, dikhabarkan yang Gred AA ni lagi bagus la (sah² lah Gred AA kan). Kalau korang tengok, warna dia unggu (gelap), so kandungan anti-oksidan dia mesti lah lebih dari yang kuning. Yang unggu ni diternak kat laut dalam sikit, jadi harganya sedikit mahal berbanding yang kuning tu.

Tapi, to be frank aku dah cuba yang unggu tu, sedikit hanyir ye. Tapi bak kata pepatah beauty is pain kan? Sekarang ni aku makan yang kuning je. So far allhamdulillah, bak kata aku sebelum ni, hasil yang sangat memuaskan.

Projek Penanaman Rumpai Laut Di Sabah


Raja Collagen dikenali dengan banyak nama antaranya Ibu Collagen, Pure Marine Collagen merupakan kolagen mentah yang berasal dari rumpai laut.Ianya 100% asli, bebas dari sebarang bahan kimia (unless air laut tu tercemar), tanpa pewarna, tanpa perisa mahupun bahan-bahan sampingan yang lain.

Daerah Semporna berada pada kedudukan strategik 'ladang' penanaman terbaik rumpai laut di dunia. Ia berkongsi plat lautan dengan Selatan Filipina dan Utara Sulawesi. Kawasan ini sejak dahulu lagi merupakan tempat pembiakan pelbagai spesis karang-laut, rumpai laut, plakton dan pelbagai jenis ikan yang berwarna-warni. Secara semulajadi, ikan-ikan dan makanan laut disini bersaiz besar, segar dan tidak pernah berkurangan. Kunci kepada semua ini adalah kejernihan air laut yang mempunyai nutrien yang tinggi. Atas sebab-sebab ini, maka tidak hairanlah Semporna merupakan pusat penanaman rumpai laut terbesar di Malaysia.

Penanaman rumpai laut di Semporna dimulakan sejak 1970-an lagi. Ladang demonstrasi telah diwujudkan di Pulau Sebangkat pada tahun 1980. Penanaman rumpai laut merupakan alternatif kepada indusrtri perikanan di Semporna. Ramai nelayan dan pengusaha telah mula beralih kepada projek ini. Kini terdapat lebih 10 ladang besar di perairan Semporna. 

Rumpai laut yang diusahakan adalah dari jenis 'Euchema cottonii' dan ia memberikan pulangan yang lumayan. Selain disokong oleh pihak berkuasa perikanan Sabah, kerajaan Malaysia juga telah mengisytiharkan yang industri rumpai laut sebagai 'berimpak tinggi' dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan. Jesteru Daerah Semporna dikehendaki untuk menghasilkan 250,000 tan metrik rumpai laut pada tahun 2010.

Rumpai laut merupakan bahan asas untuk pembuatan sabun, kosmetik, syampoo, makanan dan gelatin. Ia juga boleh dijadikan snek, pembalut sushi, bahan asas ubat gigi dan lain-lain. Bahan utama yang diekstrak keluar dari rumpai laut  menjadi penstabil makanan dan kosmetik. Snek rumpai-laut merupakan makanan yang lazat, berprotein tinggi dan penuh dengan khasiat iodin, fosforus, kalsium, zat besi dan vitamin. Selain itu terdapat juga makanan tempatan yang berasaskan rumpai laut seperti 'acar rumpai laut' dan ' isi udang rumpai laut' yang mudah dinikmati di restoran-restoran tempatan.

Anda boleh melihat sendiri kawasan penanaman rumpai laut di perairan Semporna. Kebanyakkan pengendali pelancongan ada menyediakan pakej lawatan di ladang-ladang ini. Sebagai alternatif, jika anda berjalan melawat sekitar pasar ikan Semporna, anda mungkin terjumpa rumpai laut yang dijual oleh orang-orang tempatan.
Projek penanaman rumpai laut merupakan usaha yang berimpak tinggi, lumayan dan meningkatkan ekonomi penduduk Semporna. Banyak pihak dari dalam dan luar negeri melabur dalam industri ini. Apa yang kurang hanyalah kilang memproses rumpai laut yang setakat ini hanya ada 2 buah sahaja di Semporna. Kedua-dua kilang ini hanya memproses secara asas terhadap bahan mentah tadi. Tiada satupun kilang yang benar-benar wujud untuk memproses rumpai laut menjadi produk akhir, produk katalis atau produk makanan komersil di Semporna. Memandangkan potensi dan permintaan tinggi dari negara Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan China, maka pihak berkuasa tempatan Semporna sangat mengalu-alukan bakal pelabur untuk menjayakan industri ini supaya target pengeluaran yang diwartakan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2010 berjaya. 


Sumber : www.sabah.gov.my

Apa Itu Kolagen & Apakah Khasiatnya Kepada Tubuh Manusia?


Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara semulajadi, terdapat lebih kurang 30% kolagen di dalam tubuh badan kita dan ia terdapat dalam kulit, tulang dan juga gigi. 

Antara kepentingan kolagen: 

Mengekalkan Kelembapan dan Mencegah Kedutan - Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit. 

Memulihkan Masalah Kulit - Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus. 

Mencantik dan Menyuburkan Rambut - Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah. 

Menegangkan Payudara - Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara. 

Menguatkan Tulang - Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis. 

Mencerahkan Kulit dan Mengurangkan Pigmentasi - Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi. 

Melambatkan Proses Penuaan Kulit - Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan. 

Sumber Dari Web